Sunday 3 March 2013

PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN



Permainan Batu Seremban

Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Berdasarkan petikan di atas,Jawab soalan berikut.

1. Apakah nama lain bagi permainan Batu Seremban?
2. Bagaimanakah cara permainan ini dimainkan?
3. Senaraikan permainan tradisional yang anda tahu.

VIDEO KESELAMATAN JALAN RAYA

  

Sila tonton video ini.Jawab soalan berikut.

1. Namakan watak dalam video tersebut.
2. Apakah panduan keselamatan jalan raya yang patut kita      patuhi?
3. Berikan maksud warna merah, hijau dan kuning pada lampu isyarat.

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum,
Selamat datang ke Blog Cikgu Aida.
PPG IPG KAMPUS IPOH
BAHASA MELAYU 2
KOHORT 2